NADI x KIDVENTURE COHORT 2: Webinar Atas Talian Sesi 3 – Pemasaran
15 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2025, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengendalikan Webinar NADI x KIDVENTURE COHORT 2: Webinar Atas Talian Sesi 3 – Pemasaran yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Webinar tersebut dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet dan disertai oleh seorang usahawan cilik.
Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas membangunkan pelan perniagaan yang tersusun serta pentingnya perancangan kewangan yang berkesan dalam memulakan dan mengurus perniagaan. Kandungan video membantu peserta memahami elemen utama pelan perniagaandi samping mengenal pasti aliran tunai, bajet dan kos operasi sebagai asas kepada kejayaan perniagaan.
Secara keseluruhannya, Webinar Pemasaran dalam Sesi 3 ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan peserta tentang dunia perniagaan digital tetapi turut membina keyakinan diri mereka untuk tampil sebagai usahawan muda yang mampu memasarkan idea dengan lebih berkesan dan beretika di era moden ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: